THE SCIENCE EVOLUTION

THE SCIENCE EVOLUTION
#ADUNIA

About Me

My photo
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
biase ja.apa yg baik saya suka ja,ada free ja ,pakat try buat bende2 yg dpat bgi manfaat kt org lain

Wednesday 21 August 2013

Assalamualaikum,awak nak tahu satu penyakit ni,lau kta xjaga kebersihan mugkin ia senang diperolehi,2la.Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis  merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusiadan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospirapertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab  dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.
Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.Takut la..
lau kita ni amik mudah sangat dengan kebersihan di sekeliling kita,habis la dipelopori dengan wabak ini..
nauzubillah....Bagi merawat penakit ini agak rumit.terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalahantibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan pembawa asymptomatik.
Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan, atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur (contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam kes dimana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.
Semoga kita umat islam sentiasa menjaga kebersihan,kerana ia amat dituntut,jauhi wabak kencing tikus.wasalam

No comments:

Post a Comment